Anugerah Sekolah Cemerlang KPM 2009

Majlis ini telah diadakan pada 18 Ogos 2009 di Dewan Banquet, UPM Serdang. Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dr. Hj. Mohd Puad Bin Zarkashi. Tujuan majlis adalah untuk memberi penganugerahan kepada sekolah yang berjaya meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah masing-masing. Sekolah yang berjaya diharap akan menjadi model yang dapat dicontohi sekolah lain dalam kategori yang sama. Pada tahun ini hanya sebuah sekolah sahaja daripada daerah LMS berjaya berbanding tahun lepas sebanyak tiga buah sekolah. Sekolah berkenaan ialah SMK(P)Treacher Methodist Taiping untuk Kategori Sekolah Menengah Harian Bandar. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah SMK (P) Treacher Methodist. Senmoga terus cemerlang dan gemilang.


Baca Komen (0)

Majlis Persaraan Pengetua dan Guru Besar

Dalam tempuh seminggu ini dua orang pentadbir sekolah di Daerah LMS telah bersara. Mereka adalah Tuan Hj. Badri bin Nordin Pengetua SMK Kubu Gajah dan En.Ng Eng Bok Guru Besar SK Sungai Seputeh Selama. Saya sempat mengahadiri majlis persaraan mereka di sekolah masing-masing. Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat bersara kepada kedua mereka. Bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, saya juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas perkhidmatan mereka sebagai pendidik. Didoakan mereka akan sihat sejahtera dan panjang umur.




Baca Komen (0)

Aktiviti 25 Julai hingga 1 Ogos 2009

Selepas kembali bertugas saya tidak sempat mengemaskini blog ini. Beberapa aktiviti telah saya hadiri sepanjang tempuh di atas. Antara aktiviti yang telah dapat dihadiri adalah seperti berikut:

  1. Pertandingan Pancaragam Berformasi Peringkat Negeri Perak bertempat di Stadium Perak pada 24 Julai 2009 jam 8.00 malam. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Perak.
  2. Hari Penyampaian Hadiah SMK Tengku Menteri Changkat Jering pada 25 Julai 2009. Perasmian oleh KPPM Tan Sri Dato' Alimuddin Mohd Dom. Majlis juga dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Perak. Tahniah SMK Tengku Menteri.





3. Perasmian Penutupan Program Khidmat Masyarakat oleh pelajar IPG Tuanku Bainum, Bukit Mertajam di SK Sg. Jernih Ijok pada 26 Julai 2009.




4. Mesyuarat JK Khas Pemantauan Projek Pembangunan Pendidikan RMK9 Negeri
Perak Bil.7/2009 pada 28 Jukai 2009 di Hotel Heritage, Cameron Highland, Pahang DM. Mesyuarat di pengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Perak.




5. Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan JPN/PPD/JNJK/BTPN/IPGM di PPD Perak Tengah pada 30 Julai 2009.
6. Perasmian Kejohanan Futsal Daerah LMS di SK Sri Kurau pada 1 Ogos 2009.

Baca Komen (2)