Jumaat, 2009 September 11

AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN

Sepanjang Ramadhan ini saya telah berkesempatan menghadiri beberapa aktiviti dan majlis. Mesyuarat dan aktiviti pentadbiran pendidikan berjalan seperti biasa. Beberapa mesyuarat telah saya hadiri di peringkat JPN dan mengendalikan beberapa mesyuarat di peringkat PPD.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini beberapa majlis juga telah diadakan seperti majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin. Antara majlis yang dihadiri sepanjang Bulan Ramadhan ini termasuklah:

1. Majlis Berbuka Puasa Pejabat PPD LMS
2. Majlis Berbuka Puasa Bersama Tuanku Raja Muda di Istana Iskandariah
3. Majlis Berbuka Puasa Bersama Tuanku Raja Muda Peringkat Daerah LMS di Sg. Tinggi
4. Majlis Ihya Ramadhan oleh Lembaga Tabung Haji
5. Majlis Pelancaran Rakan Masjid SMK Jelai
6. Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar SERATAS

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga pendidik Daerah LMS. Kepada murid-murid yang menduduki UPSR baru-baru ini saya doakan kejayaan yang cemerlang. Begitu juga kepada pelajar Tingkatan 3, diharap telah membuat persediaan yang sewajarnya untuk menduduki Peperiksaan PMR tidak lama lagi.


Sabtu, 2009 Ogos 22

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KPM 2009

Majlis ini telah diadakan pada 18 Ogos 2009 di Dewan Banquet, UPM Serdang. Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dr. Hj. Mohd Puad Bin Zarkashi. Tujuan majlis adalah untuk memberi penganugerahan kepada sekolah yang berjaya meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah masing-masing. Sekolah yang berjaya diharap akan menjadi model yang dapat dicontohi sekolah lain dalam kategori yang sama. Pada tahun ini hanya sebuah sekolah sahaja daripada daerah LMS berjaya berbanding tahun lepas sebanyak tiga buah sekolah. Sekolah berkenaan ialah SMK(P)Treacher Methodist Taiping untuk Kategori Sekolah Menengah Harian Bandar. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah SMK (P) Treacher Methodist. Senmoga terus cemerlang dan gemilang.


Khamis, 2009 Ogos 13

MAJLIS PERSARAAN PENGETUA DAN GURU BESAR

Dalam tempuh seminggu ini dua orang pentadbir sekolah di Daerah LMS telah bersara. Mereka adalah Tuan Hj. Badri bin Nordin Pengetua SMK Kubu Gajah dan En.Ng Eng Bok Guru Besar SK Sungai Seputeh Selama. Saya sempat mengahadiri majlis persaraan mereka di sekolah masing-masing. Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat bersara kepada kedua mereka. Bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, saya juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas perkhidmatan mereka sebagai pendidik. Didoakan mereka akan sihat sejahtera dan panjang umur.




Jumaat, 2009 Ogos 07

AKTIVITI 25 JULAI HINGGA 1 OGOS 2009

Selepas kembali bertugas saya tidak sempat mengemaskini blog ini. Beberapa aktiviti telah saya hadiri sepanjang tempuh di atas. Antara aktiviti yang telah dapat dihadiri adalah seperti berikut:
  1. Pertandingan Pancaragam Berformasi Peringkat Negeri Perak bertempat di Stadium Perak pada 24 Julai 2009 jam 8.00 malam. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Perak.
  2. Hari Penyampaian Hadiah SMK Tengku Menteri Changkat Jering pada 25 Julai 2009. Perasmian oleh KPPM Tan Sri Dato' Alimuddin Mohd Dom. Majlis juga dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Perak. Tahniah SMK Tengku Menteri.





3. Perasmian Penutupan Program Khidmat Masyarakat oleh pelajar IPG Tuanku Bainum, Bukit Mertajam di SK Sg. Jernih Ijok pada 26 Julai 2009.




4. Mesyuarat JK Khas Pemantauan Projek Pembangunan Pendidikan RMK9 Negeri
Perak Bil.7/2009 pada 28 Jukai 2009 di Hotel Heritage, Cameron Highland, Pahang DM. Mesyuarat di pengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Perak.




5. Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan JPN/PPD/JNJK/BTPN/IPGM di PPD Perak Tengah pada 30 Julai 2009.
6. Perasmian Kejohanan Futsal Daerah LMS di SK Sri Kurau pada 1 Ogos 2009.

Rabu, 2009 Julai 01

PPD BERCUTI SEHINGGA 21 JULAI 2008

Untuk makluman warga pendidikan Daerah LMS, saya akan bercuti sehingga tarikh tersebut di atas. Sepanjang tempoh tersebut semua tugas PPD LMS akan dijalankan oleh Timbalan PPD En Azrae Ismail. Oleh itu, diharap semua warga pendidikan LMS dapat memberi kerjasama kepada beliau. Insya Allah catatan mengenai aktiviti pendidikan daerah akan disambung semula selepas saya kembali bertugas.

Berikut adalah beberapa foto sepanjang percutian saya di UK, Scotland dan Perancis:


















Selasa, 2009 Jun 23

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU 15 - 19 JUN

1. MESYUARAT KURIKULUM NEGERI BIL. 2/2009

Tarikh : 15-17 Jun 2009
Tempat : Hotel Coptone Pulau Pinang
Kehadiran : Semua Ketua Sektor, PPD ,JNJK, IPGM, BTPN dan Pegawai Sektor Akademik

Mesyuarat di pengerusikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik pada hari pertama
dan seterusnya oleh Pengarah Pelajaran. Perkara dibincang berfokus kepada Program
Peningkatan Akademik bagi Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. JNJK membentangkan
dapatan Pemeriksaan Penuh, BTPN dan IPGM membentangkan laporan aktiviti masing-
masing. Empat PPD membentangkan pencapaian dan aktiviti peningkatan akademk daerah.


2. FORUM REMAJA KEBANGSAAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2009

Tarikh : 17 Jun 2009
Masa : !0.00 pg
Tempat : Taiping Golf Resort

Majlis adalah anjuran bersama KPM dan DBP. Seramai lebih kurang 100
pelajar dan guru dari seluruh negara mengambil bahagian. Majlis Perasmian
Penutupan disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Perak. Johan Remaja Kebangsaan dimenangi oleh Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah





3. SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2009 PERINGKAT DAERAH LARUT MATANG

Tarikh : 18 Jun 2009
Tempat : Dewan Perbandaran Kamunting
Masa : 2.30 ptg
Perasmian : YB Mohd Zahir bin Dat0' Khalid Exco Pendidikan, Perak Darul Ridwan.

Jumaat, 2009 Jun 12

AKTIVITI HARI JUMAAT PPD LMS

Setiap hari Jumaat adalah hari Taklimat Penyelarasan Mingguan PPD. Sebelum sesi taklimat majlis bacaan Yasin dan Tazkirah Ringkas diadakan. Pada minggu ini majlis bacaan Yasin dikemudikan oleh Penyelia Pendidikan Islam (Us.Ahmad). Selepas bacaan Yasin, beliau meyampaikan tazkirah yang menyentuh mengenai amalan riba dalam masyarakat hari ini. Jamuan makan yang ditaja oleh staf dan pegawai PPD diadakan selepas itu.

Untuk Taklimat Penyelarasan Mingguan, saya menjelaskan aktivti yang dihadiri oleh saya sepanjang minggu lepas dan minggu ini dan perkara berkaitan untuk tindakan pegawai dan staf. Seterusnya setiap unit membentangkan makluman tindakan semua pegawai dan aktivti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan dalam tempuh tiga minggu ini.

Aktiviti lain yang dilakukan pada hari ini termasuklah perbincangan bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran SERATAS berkaitan Hari Anugerah Cemerlang yang akan dihadiri oleh Tuanku Sultan Perak, perbincangan dengan wakil PKG untuk Majlis Perhimpunan JUN dan mempengerusikan Mesyuarat Anjakan Gaji Panel Sekolah.