Keputusan PMR 2009

Seramai   363  pelajar atau  5.72 peratus daripada  6350 calon  sekolah di Daerah LMS memperolehi semua A dalam Penilaian  Menengah Rendah (PMR) tahun ini. Nilai Gred Purata Daerah (GPD) menunjukkan peningkatan sebanyak 0.04 iaitu 2.95 berbanding  2.91 pada tahun lepas.  Sementara peratus pelajar yang lulus semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.74 peratus iaitu 59.02 peratus berbanding 58.29 peratus pencapaian pada tahun lepas.


Dua sekolah  memperolehi  pencapaian 100 peratus iaitu SM Sains Raja Tun Azlan Shah dan SMK Taman Tasek. Pencapaian terbaik sekolah Luar Bandar  adalah SMK Tengku Menteri (61.5%). Sebanyak sepuluh mata pelajaran menunjukkan peningkatan dan lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Tamil dan Geografi menunjukkan sedikit penurunan.

Syabas dan tahniah kepada kepimpinan sekolah yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang. Terima kasih kepada semua guru yang bekerja keras untuk kejayaan pelajar masing-masing. Untuk para pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang juga diucapkan tahniah, semoga dapat meneruskan kecemerlangan dimasa akan datang.

Baca Komen (1)comments

Persiapan Pembukaan Sesi Persekolahan 2010


Kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah Daerah LMS diharap telah membuat persediaan sewajarnya untuk pembukaan Sesi Persekolahan Tahun 2010. Semasa Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan PPD LMS dan Sekolah Bil. 4/2009 yang diadakan pada 17 Disember 2009,  pihak PPD telah mengingatkan sekali lagi perkara-perkara penting untuk tindakan semasa cuti bagi memastikan pembukaan sekolah dapat dijalankan dengan lancar. Adalah diharapkan semua Pengetua dan Guru Besar memberi perhatian sewajarnya perkara-perkara  yang ditegaskan dalam Touch Point dan dBLAT. Sekiranya ada isu dan masalah diharap dapat menghubungi PPD dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya. Untuk makluman pemantauan sekolah  akan dilaksanakan oleh pihak PPD semasa cuti sekolah dan pada hari pertama persekolahan nanti.

Baca Komen (0)