Keputusan STPM 2009 Daerah LMS
Sebanyak 687 atau 96.08 peratus daripada 728 calon yang mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas di Daerah Larut Matang dan Selama telah mencapai lulus penuh iaitu bagi semua mata pelajaran yang diambil. Manakala 24 calon lagi iaitu 3.36 peratus lulus sebahagian. Hanya empat calon iaitu 0.56 peratus yang gagal. Pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sekolah-sekolah Daerah LMS adalah 2.29.
Slip Keputusan STPM
Seramai empat orang pelajar telah mencapai keputusan cemerlang iaitu memperoleh Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Pelajar berkenaan adalah Low Xhu Hern (SMK Dr. Burhanuddin), Nasreen bt Mohammad Mansor (SMK Dr. Burhanuddin), Ng Kent Yan ( SMK Hua Lian) dan Norfadhilah bt. Ibrahim (SMK Dato' Kamaruddin).
Tiga buah sekolah telah mencapai kelulusan 100 peratus dimana semua calon memperolehi sijil penuh. Sekolah berkenaan adalah SMK Hua Lian, SMK SMK Tat Beng dan SABK Maahad Tarbiyah AlIslamiah. Sebanyak empat buah sekolah pula menunjukkan peningkatan peratus lulus dan mengikut PNGK sebanyak tujuh sekolah pula telah menunjukkan peningkatan.
Tahniah kepada sekolah dan pelajar yang telah berjaya dalam STPM 2009.