Keputusan PMR 2009

Seramai   363  pelajar atau  5.72 peratus daripada  6350 calon  sekolah di Daerah LMS memperolehi semua A dalam Penilaian  Menengah Rendah (PMR) tahun ini. Nilai Gred Purata Daerah (GPD) menunjukkan peningkatan sebanyak 0.04 iaitu 2.95 berbanding  2.91 pada tahun lepas.  Sementara peratus pelajar yang lulus semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.74 peratus iaitu 59.02 peratus berbanding 58.29 peratus pencapaian pada tahun lepas.


Dua sekolah  memperolehi  pencapaian 100 peratus iaitu SM Sains Raja Tun Azlan Shah dan SMK Taman Tasek. Pencapaian terbaik sekolah Luar Bandar  adalah SMK Tengku Menteri (61.5%). Sebanyak sepuluh mata pelajaran menunjukkan peningkatan dan lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Tamil dan Geografi menunjukkan sedikit penurunan.

Syabas dan tahniah kepada kepimpinan sekolah yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang. Terima kasih kepada semua guru yang bekerja keras untuk kejayaan pelajar masing-masing. Untuk para pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang juga diucapkan tahniah, semoga dapat meneruskan kecemerlangan dimasa akan datang.

Baca Komen (1)comments

Persiapan Pembukaan Sesi Persekolahan 2010


Kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah Daerah LMS diharap telah membuat persediaan sewajarnya untuk pembukaan Sesi Persekolahan Tahun 2010. Semasa Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan PPD LMS dan Sekolah Bil. 4/2009 yang diadakan pada 17 Disember 2009,  pihak PPD telah mengingatkan sekali lagi perkara-perkara penting untuk tindakan semasa cuti bagi memastikan pembukaan sekolah dapat dijalankan dengan lancar. Adalah diharapkan semua Pengetua dan Guru Besar memberi perhatian sewajarnya perkara-perkara  yang ditegaskan dalam Touch Point dan dBLAT. Sekiranya ada isu dan masalah diharap dapat menghubungi PPD dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya. Untuk makluman pemantauan sekolah  akan dilaksanakan oleh pihak PPD semasa cuti sekolah dan pada hari pertama persekolahan nanti.

Baca Komen (0)

Perkembangan Terkini Pendidikan 2010-2012

Kepada semua warga pendidik Daerah LMS diharap akan sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan pendidkan di negara kita. Sebagai pendidik di semua peringkat kita seharusnya sentiasa mengetahui setiap perubahan yang telah, sedang dan akan berlaku dalam sistem pendidikan di negara kita. Terkini kita semua sepatutnya telah memahami mengenai Petunjuk Bidang Keberhasilan Nasional (NKRA)  khusunya bagi bidang pendidikan. Untuk memberi maklumat awal mengenai perkara ini , satu taklimat akan diadakan kepada semua Pengetua dan Guru Besar bagi Daerah LMS, Kerian dan Hulu Perak pada 1/12/09 bertempat di Kompleks Rakan Muda Taiping mulai jam 8.30 pg hingga 4.30 ptg.  Oleh itu, kehadiran kepimpinan sekolah untuk taklimat ini sangat penting.

Baca Komen (0)

Aktiviti Sepanjang Ramadhan

Sepanjang Ramadhan ini saya telah berkesempatan menghadiri beberapa aktiviti dan majlis. Mesyuarat dan aktiviti pentadbiran pendidikan berjalan seperti biasa. Beberapa mesyuarat telah saya hadiri di peringkat JPN dan mengendalikan beberapa mesyuarat di peringkat PPD.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini beberapa majlis juga telah diadakan seperti majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin. Antara majlis yang dihadiri sepanjang Bulan Ramadhan ini termasuklah:

  1. Majlis Berbuka Puasa Pejabat PPD LMS
  2. Majlis Berbuka Puasa Bersama Tuanku Raja Muda di Istana Iskandariah
  3. Majlis Berbuka Puasa Bersama Tuanku Raja Muda Peringkat Daerah LMS di Sg. Tinggi
  4. Majlis Ihya Ramadhan oleh Lembaga Tabung Haji
  5. Majlis Pelancaran Rakan Masjid SMK Jelai
  6. Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar SERATAS

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga pendidik Daerah LMS. Kepada murid-murid yang menduduki UPSR baru-baru ini saya doakan kejayaan yang cemerlang. Begitu juga kepada pelajar Tingkatan 3, diharap telah membuat persediaan yang sewajarnya untuk menduduki Peperiksaan PMR tidak lama lagi.


Baca Komen (0)

Anugerah Sekolah Cemerlang KPM 2009

Majlis ini telah diadakan pada 18 Ogos 2009 di Dewan Banquet, UPM Serdang. Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dr. Hj. Mohd Puad Bin Zarkashi. Tujuan majlis adalah untuk memberi penganugerahan kepada sekolah yang berjaya meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah masing-masing. Sekolah yang berjaya diharap akan menjadi model yang dapat dicontohi sekolah lain dalam kategori yang sama. Pada tahun ini hanya sebuah sekolah sahaja daripada daerah LMS berjaya berbanding tahun lepas sebanyak tiga buah sekolah. Sekolah berkenaan ialah SMK(P)Treacher Methodist Taiping untuk Kategori Sekolah Menengah Harian Bandar. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah SMK (P) Treacher Methodist. Senmoga terus cemerlang dan gemilang.


Baca Komen (0)

Majlis Persaraan Pengetua dan Guru Besar

Dalam tempuh seminggu ini dua orang pentadbir sekolah di Daerah LMS telah bersara. Mereka adalah Tuan Hj. Badri bin Nordin Pengetua SMK Kubu Gajah dan En.Ng Eng Bok Guru Besar SK Sungai Seputeh Selama. Saya sempat mengahadiri majlis persaraan mereka di sekolah masing-masing. Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat bersara kepada kedua mereka. Bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, saya juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas perkhidmatan mereka sebagai pendidik. Didoakan mereka akan sihat sejahtera dan panjang umur.




Baca Komen (0)

Aktiviti 25 Julai hingga 1 Ogos 2009

Selepas kembali bertugas saya tidak sempat mengemaskini blog ini. Beberapa aktiviti telah saya hadiri sepanjang tempuh di atas. Antara aktiviti yang telah dapat dihadiri adalah seperti berikut:

  1. Pertandingan Pancaragam Berformasi Peringkat Negeri Perak bertempat di Stadium Perak pada 24 Julai 2009 jam 8.00 malam. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Perak.
  2. Hari Penyampaian Hadiah SMK Tengku Menteri Changkat Jering pada 25 Julai 2009. Perasmian oleh KPPM Tan Sri Dato' Alimuddin Mohd Dom. Majlis juga dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Perak. Tahniah SMK Tengku Menteri.





3. Perasmian Penutupan Program Khidmat Masyarakat oleh pelajar IPG Tuanku Bainum, Bukit Mertajam di SK Sg. Jernih Ijok pada 26 Julai 2009.




4. Mesyuarat JK Khas Pemantauan Projek Pembangunan Pendidikan RMK9 Negeri
Perak Bil.7/2009 pada 28 Jukai 2009 di Hotel Heritage, Cameron Highland, Pahang DM. Mesyuarat di pengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Perak.




5. Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan JPN/PPD/JNJK/BTPN/IPGM di PPD Perak Tengah pada 30 Julai 2009.
6. Perasmian Kejohanan Futsal Daerah LMS di SK Sri Kurau pada 1 Ogos 2009.

Baca Komen (2)

PPD bercuti sehingga 21 Julai 2008

Untuk makluman warga pendidikan Daerah LMS, saya akan bercuti sehingga tarikh tersebut di atas. Sepanjang tempoh tersebut semua tugas PPD LMS akan dijalankan oleh Timbalan PPD En Azrae Ismail. Oleh itu, diharap semua warga pendidikan LMS dapat memberi kerjasama kepada beliau. Insya Allah catatan mengenai aktiviti pendidikan daerah akan disambung semula selepas saya kembali bertugas.

Berikut adalah beberapa foto sepanjang percutian saya di UK, Scotland dan Perancis:


















Baca Komen (1)comments

Aktiviti Sepanjang Minggu 15 - 19 Jun

1. MESYUARAT KURIKULUM NEGERI BIL. 2/2009

Tarikh : 15-17 Jun 2009
Tempat : Hotel Coptone Pulau Pinang
Kehadiran : Semua Ketua Sektor, PPD ,JNJK, IPGM, BTPN dan Pegawai Sektor Akademik

Mesyuarat di pengerusikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik pada hari pertama
dan seterusnya oleh Pengarah Pelajaran. Perkara dibincang berfokus kepada Program
Peningkatan Akademik bagi Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. JNJK membentangkan
dapatan Pemeriksaan Penuh, BTPN dan IPGM membentangkan laporan aktiviti masing-
masing. Empat PPD membentangkan pencapaian dan aktiviti peningkatan akademk daerah.


2. FORUM REMAJA KEBANGSAAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2009

Tarikh : 17 Jun 2009
Masa : !0.00 pg
Tempat : Taiping Golf Resort

Majlis adalah anjuran bersama KPM dan DBP. Seramai lebih kurang 100
pelajar dan guru dari seluruh negara mengambil bahagian. Majlis Perasmian
Penutupan disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Perak. Johan Remaja Kebangsaan dimenangi oleh Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah





3. SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2009 PERINGKAT DAERAH LARUT MATANG

Tarikh : 18 Jun 2009
Tempat : Dewan Perbandaran Kamunting
Masa : 2.30 ptg
Perasmian : YB Mohd Zahir bin Dat0' Khalid Exco Pendidikan, Perak Darul Ridwan.

Baca Komen (0)

Aktiviti Hari Jumaat PPD LMS

Setiap hari Jumaat adalah hari Taklimat Penyelarasan Mingguan PPD. Sebelum sesi taklimat majlis bacaan Yasin dan Tazkirah Ringkas diadakan. Pada minggu ini majlis bacaan Yasin dikemudikan oleh Penyelia Pendidikan Islam (Us.Ahmad). Selepas bacaan Yasin, beliau meyampaikan tazkirah yang menyentuh mengenai amalan riba dalam masyarakat hari ini. Jamuan makan yang ditaja oleh staf dan pegawai PPD diadakan selepas itu.

Untuk Taklimat Penyelarasan Mingguan, saya menjelaskan aktivti yang dihadiri oleh saya sepanjang minggu lepas dan minggu ini dan perkara berkaitan untuk tindakan pegawai dan staf. Seterusnya setiap unit membentangkan makluman tindakan semua pegawai dan aktivti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan dalam tempuh tiga minggu ini.

Aktiviti lain yang dilakukan pada hari ini termasuklah perbincangan bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran SERATAS berkaitan Hari Anugerah Cemerlang yang akan dihadiri oleh Tuanku Sultan Perak, perbincangan dengan wakil PKG untuk Majlis Perhimpunan JUN dan mempengerusikan Mesyuarat Anjakan Gaji Panel Sekolah.

Baca Komen (0)

Mesyuarat JK Kerja Kebangsaan Pegawai2 Pelajaran Daerah Bil.3/2009



Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PPD Negeri Perak , saya telah menghadiri Mesyuarat JK Kerja Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah yang telah diadakan pada 9 hingga 11 Jun 2009 bertempat di Hotel Maytower, Kuala Lumpur. Kehadiran melibatkan semua AJK Badan Perhubungan PPD Kebangasaan.
Agenda mesyuarat meliputi perbincangan mengenai Persidangan PPD Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Julai di Seremban, Pengstrukturan PPD, persediaan Mesyuarat Agung Badan Perhubungan PPD Kebangsaan dan isu-isu pendidikan semasa. Mesyuarat juga dimaklumkan mengenai perkara-perkara berkaitan PPD yang telah dibincangkan oleh YDP PPD Kebangsaan bersama Timbalan Menteri Pelajaran di Langkawi.
Mesyuarat kali ini di pengerusikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Harian Dr Amin Senin yang baru dilantik ke jawatan tersebut. Tahniah kepada beliau.

Baca Komen (0)

Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Kadet Polis Negeri Perak





Majlis diadakan pada 5/6/2009 bertempat di Echo Pendidikan Paya Bakau Matang. Seramai 80 pelajar Kadet Polis dari seluruh negeri Perak menghadiri perkhemahan ini bermula dari 1 hingga 5 Jun 2009. Majlis di rasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Perak dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Pelajaran Perak. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang perkhemahan ini seperti latihan menembak, pandu arah dan latihan kawad. Seramai 18 pelajar akan dipilih mewakili Perak untuk perkhemahan Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sarawak pada pertengahan bulan ini.

Baca Komen (1)comments

Perhimpunan Bulanan JPN Perak



Majlis Perrhimpunan Bulanan JPN Perak telah diadakan pada 4/6/09 (Khamis) di Ruang Antrium JPN jam 8.00 pagi . Majlis ini dihoskan oleh BTPN Perak. Pengisian program melibatkan nyanyian NegaraKu dan lagu JPN Perak, bacaan ikrar perkhidmatan awam, penyampaian ucapan oleh KPP BTPN dan Pengarah Pelajaran Perak. Kedua-dua ucapan menekankan kepentingan ICT dalam pendidikan selaras dengan tema perhimpunan kali ini iaitu " Teknologi Untuk Pendidikan Bestari" . Selain itu, penyampaian hadiah untuk pertandingan anjuran BTPN juga dilansungkan. Beberapa sekolah daripada Daerah LMS telah memenangi anugerah tersebut. Tahniah kepada sekolah berkenaan. Staf JPN yang lahir bulan ini juga diberi penghargaan. Kumpulan koir JPN juga membuat persembahan yang menarik di akhir majlis.

Baca Komen (0)

Mesyuarat Penyelarasan & Pemantauan Pengurusan Bidang Kemanusiaan JPN & PPD


Pada 29 Mei 2009 dijemput memberi ceramah dalam mesyuarat ini di Langkawi kepada Pegawai JPN dan PPD di bawah Bidang Kemanusiaan. Perkara disampaikan adalah berkaitan tugas teras Pegawai Kurikulum JPN dan PPD iaitu Pemantauan Pengurusan Mata Pelajaran dan Pencerapan Pengajaran & Pembelajaran.
Dapat berkongsi pengalaman mengenai pemantauan semasa bertugas di Jemaah Nazir Sekolah dengan rakan JPN dan PPD. Terima kasih kepada Sektor Pengurusan Akademik khususnya Bidang Kemanusiaan di bawah kepimpinan En. Ramli Abu Itam kerana menjemput saya.

Baca Komen (0)

Aktiviti Harian

Hari ini 27 Mei 2009, berkesempatan singgah di SK Temelok dalam perjalanan balik dari menghadiri Kursus Pengurusan Blog di Pulau Pangkor. Sepanjang kunjungan tersebut, sempat meninjau sekitar kawasan sekolah dan memasuki bilik darjah. Peperiksaan Pertengahan Tahun masih lagi berjalan. Juga mengambil kesempatan untuk bertemu dan berbincang dengan beberapa orang guru dan di akhir lawatan pula berbincang dengan Cikgu Abdul Razak (GB SK Temelok).

Sebelah petang menghadiri Perhimpunan Bulanan PPD di SMK Hua Lian Taiping. Antara pengisian perhimpunan ini adalah nyanyian lagu kebangsaan, ikrar perkhidmatan awam, membaca amanat bulanan Pengarah JPN, penyampaian surat penghargaan dan Taklimat Penyelarasan Pengurusan PPD dan Sekolah. Tiga buah sekolah iaitu SMS Raja Tun Azalan Shah, SK Convent Taiping dan SK Kg Jambu diberi penghargaan atas pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Akademik. Terima kasih dan tahniah kepada semua.

Baca Komen (0)

Kursus Pengurusan Blog P&P Guru-Guru LMS

Alhamdulillah, pada 26 Mei 2009 saya dapat bersama peserta Kursus Pengurusan Blog P&P di Pulau Pangkor dan seterusnya merasmikan kursus di atas. Saya berkesempatan mempelajari semula pembinaan blog daripada fasilatator kursus. Oleh itu, saya dapat menghidupkan kembali blog saya ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat merancang dan mengelolakan kursus ini dan tahniah kepada semua peserta kursus.
Harapan saya semoga semua peserta kursus akan dapat menghasilkan blog masing-masing khususnya bagi tujuan P&P. Saya berharap juga apa yang telah disampaikan dalam ucapan perasmian dapat direalisasikan oleh kita semua demi memertabatkan lagi budaya ICT di kalangan warga pendidikan di Daerah LMS.

Baca Komen (0)