Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Kadet Polis Negeri Perak





Majlis diadakan pada 5/6/2009 bertempat di Echo Pendidikan Paya Bakau Matang. Seramai 80 pelajar Kadet Polis dari seluruh negeri Perak menghadiri perkhemahan ini bermula dari 1 hingga 5 Jun 2009. Majlis di rasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Perak dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Pelajaran Perak. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang perkhemahan ini seperti latihan menembak, pandu arah dan latihan kawad. Seramai 18 pelajar akan dipilih mewakili Perak untuk perkhemahan Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sarawak pada pertengahan bulan ini.

Baca Komen (1)comments

1 Response to "Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Kadet Polis Negeri Perak"

  1. S. SOPHIAAN BIN ABD. RAHMAN says:
    11 Julai 2009 pada 11:41 PG

    Assalamualaikum Tuan Haji, tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Pasukan Kadet Polis LMS kerana mengajurkan perkhemahan ini dengan jayanya.
    Walaupun begitu Tuan Haji,saya sebagai salah seorang guru penasihat PKP di salah sebuah sekolah di LMS ini berasa sedikit terkilan kerana hanya setelah membaca ruangan di blog ini barullah saya tahu perkhemahan itu telah dijalankan.
    Sepatutnya saya rasa semua guru penasihat patut dimaklum malahan sepatutnya diadakan mesyuarat untuk semua sekolah yang ada unit PKP bagi pemilihan peserta mewakili daerah LMS dan bukannya memilih ahli-ahli PKP dari sekolah tertentu sahaja.
    Saya berharap pengurusan kadet polis LMS bejalan lebih licin dan telus pada masa akan datang.