Aktiviti Hari Jumaat PPD LMS

Setiap hari Jumaat adalah hari Taklimat Penyelarasan Mingguan PPD. Sebelum sesi taklimat majlis bacaan Yasin dan Tazkirah Ringkas diadakan. Pada minggu ini majlis bacaan Yasin dikemudikan oleh Penyelia Pendidikan Islam (Us.Ahmad). Selepas bacaan Yasin, beliau meyampaikan tazkirah yang menyentuh mengenai amalan riba dalam masyarakat hari ini. Jamuan makan yang ditaja oleh staf dan pegawai PPD diadakan selepas itu.

Untuk Taklimat Penyelarasan Mingguan, saya menjelaskan aktivti yang dihadiri oleh saya sepanjang minggu lepas dan minggu ini dan perkara berkaitan untuk tindakan pegawai dan staf. Seterusnya setiap unit membentangkan makluman tindakan semua pegawai dan aktivti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan dalam tempuh tiga minggu ini.

Aktiviti lain yang dilakukan pada hari ini termasuklah perbincangan bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran SERATAS berkaitan Hari Anugerah Cemerlang yang akan dihadiri oleh Tuanku Sultan Perak, perbincangan dengan wakil PKG untuk Majlis Perhimpunan JUN dan mempengerusikan Mesyuarat Anjakan Gaji Panel Sekolah.

Baca Komen (0)

0 Response to "Aktiviti Hari Jumaat PPD LMS"