Mesyuarat Penyelarasan & Pemantauan Pengurusan Bidang Kemanusiaan JPN & PPD


Pada 29 Mei 2009 dijemput memberi ceramah dalam mesyuarat ini di Langkawi kepada Pegawai JPN dan PPD di bawah Bidang Kemanusiaan. Perkara disampaikan adalah berkaitan tugas teras Pegawai Kurikulum JPN dan PPD iaitu Pemantauan Pengurusan Mata Pelajaran dan Pencerapan Pengajaran & Pembelajaran.
Dapat berkongsi pengalaman mengenai pemantauan semasa bertugas di Jemaah Nazir Sekolah dengan rakan JPN dan PPD. Terima kasih kepada Sektor Pengurusan Akademik khususnya Bidang Kemanusiaan di bawah kepimpinan En. Ramli Abu Itam kerana menjemput saya.

Baca Komen (0)

Aktiviti Harian

Hari ini 27 Mei 2009, berkesempatan singgah di SK Temelok dalam perjalanan balik dari menghadiri Kursus Pengurusan Blog di Pulau Pangkor. Sepanjang kunjungan tersebut, sempat meninjau sekitar kawasan sekolah dan memasuki bilik darjah. Peperiksaan Pertengahan Tahun masih lagi berjalan. Juga mengambil kesempatan untuk bertemu dan berbincang dengan beberapa orang guru dan di akhir lawatan pula berbincang dengan Cikgu Abdul Razak (GB SK Temelok).

Sebelah petang menghadiri Perhimpunan Bulanan PPD di SMK Hua Lian Taiping. Antara pengisian perhimpunan ini adalah nyanyian lagu kebangsaan, ikrar perkhidmatan awam, membaca amanat bulanan Pengarah JPN, penyampaian surat penghargaan dan Taklimat Penyelarasan Pengurusan PPD dan Sekolah. Tiga buah sekolah iaitu SMS Raja Tun Azalan Shah, SK Convent Taiping dan SK Kg Jambu diberi penghargaan atas pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Akademik. Terima kasih dan tahniah kepada semua.

Baca Komen (0)

Kursus Pengurusan Blog P&P Guru-Guru LMS

Alhamdulillah, pada 26 Mei 2009 saya dapat bersama peserta Kursus Pengurusan Blog P&P di Pulau Pangkor dan seterusnya merasmikan kursus di atas. Saya berkesempatan mempelajari semula pembinaan blog daripada fasilatator kursus. Oleh itu, saya dapat menghidupkan kembali blog saya ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat merancang dan mengelolakan kursus ini dan tahniah kepada semua peserta kursus.
Harapan saya semoga semua peserta kursus akan dapat menghasilkan blog masing-masing khususnya bagi tujuan P&P. Saya berharap juga apa yang telah disampaikan dalam ucapan perasmian dapat direalisasikan oleh kita semua demi memertabatkan lagi budaya ICT di kalangan warga pendidikan di Daerah LMS.

Baca Komen (0)