Aktiviti Harian

Hari ini 27 Mei 2009, berkesempatan singgah di SK Temelok dalam perjalanan balik dari menghadiri Kursus Pengurusan Blog di Pulau Pangkor. Sepanjang kunjungan tersebut, sempat meninjau sekitar kawasan sekolah dan memasuki bilik darjah. Peperiksaan Pertengahan Tahun masih lagi berjalan. Juga mengambil kesempatan untuk bertemu dan berbincang dengan beberapa orang guru dan di akhir lawatan pula berbincang dengan Cikgu Abdul Razak (GB SK Temelok).

Sebelah petang menghadiri Perhimpunan Bulanan PPD di SMK Hua Lian Taiping. Antara pengisian perhimpunan ini adalah nyanyian lagu kebangsaan, ikrar perkhidmatan awam, membaca amanat bulanan Pengarah JPN, penyampaian surat penghargaan dan Taklimat Penyelarasan Pengurusan PPD dan Sekolah. Tiga buah sekolah iaitu SMS Raja Tun Azalan Shah, SK Convent Taiping dan SK Kg Jambu diberi penghargaan atas pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Akademik. Terima kasih dan tahniah kepada semua.

Baca Komen (0)

0 Response to "Aktiviti Harian"