Persiapan Pembukaan Sesi Persekolahan 2010


Kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah Daerah LMS diharap telah membuat persediaan sewajarnya untuk pembukaan Sesi Persekolahan Tahun 2010. Semasa Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan PPD LMS dan Sekolah Bil. 4/2009 yang diadakan pada 17 Disember 2009,  pihak PPD telah mengingatkan sekali lagi perkara-perkara penting untuk tindakan semasa cuti bagi memastikan pembukaan sekolah dapat dijalankan dengan lancar. Adalah diharapkan semua Pengetua dan Guru Besar memberi perhatian sewajarnya perkara-perkara  yang ditegaskan dalam Touch Point dan dBLAT. Sekiranya ada isu dan masalah diharap dapat menghubungi PPD dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya. Untuk makluman pemantauan sekolah  akan dilaksanakan oleh pihak PPD semasa cuti sekolah dan pada hari pertama persekolahan nanti.

Baca Komen (0)

Perkembangan Terkini Pendidikan 2010-2012

Kepada semua warga pendidik Daerah LMS diharap akan sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan pendidkan di negara kita. Sebagai pendidik di semua peringkat kita seharusnya sentiasa mengetahui setiap perubahan yang telah, sedang dan akan berlaku dalam sistem pendidikan di negara kita. Terkini kita semua sepatutnya telah memahami mengenai Petunjuk Bidang Keberhasilan Nasional (NKRA)  khusunya bagi bidang pendidikan. Untuk memberi maklumat awal mengenai perkara ini , satu taklimat akan diadakan kepada semua Pengetua dan Guru Besar bagi Daerah LMS, Kerian dan Hulu Perak pada 1/12/09 bertempat di Kompleks Rakan Muda Taiping mulai jam 8.30 pg hingga 4.30 ptg.  Oleh itu, kehadiran kepimpinan sekolah untuk taklimat ini sangat penting.

Baca Komen (0)

Aktiviti Sepanjang Ramadhan

Sepanjang Ramadhan ini saya telah berkesempatan menghadiri beberapa aktiviti dan majlis. Mesyuarat dan aktiviti pentadbiran pendidikan berjalan seperti biasa. Beberapa mesyuarat telah saya hadiri di peringkat JPN dan mengendalikan beberapa mesyuarat di peringkat PPD.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini beberapa majlis juga telah diadakan seperti majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin. Antara majlis yang dihadiri sepanjang Bulan Ramadhan ini termasuklah:

  1. Majlis Berbuka Puasa Pejabat PPD LMS
  2. Majlis Berbuka Puasa Bersama Tuanku Raja Muda di Istana Iskandariah
  3. Majlis Berbuka Puasa Bersama Tuanku Raja Muda Peringkat Daerah LMS di Sg. Tinggi
  4. Majlis Ihya Ramadhan oleh Lembaga Tabung Haji
  5. Majlis Pelancaran Rakan Masjid SMK Jelai
  6. Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar SERATAS

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga pendidik Daerah LMS. Kepada murid-murid yang menduduki UPSR baru-baru ini saya doakan kejayaan yang cemerlang. Begitu juga kepada pelajar Tingkatan 3, diharap telah membuat persediaan yang sewajarnya untuk menduduki Peperiksaan PMR tidak lama lagi.


Baca Komen (0)