Aktiviti Sepanjang Ramadhan

Sepanjang Ramadhan ini saya telah berkesempatan menghadiri beberapa aktiviti dan majlis. Mesyuarat dan aktiviti pentadbiran pendidikan berjalan seperti biasa. Beberapa mesyuarat telah saya hadiri di peringkat JPN dan mengendalikan beberapa mesyuarat di peringkat PPD.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini beberapa majlis juga telah diadakan seperti majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin. Antara majlis yang dihadiri sepanjang Bulan Ramadhan ini termasuklah:

  1. Majlis Berbuka Puasa Pejabat PPD LMS
  2. Majlis Berbuka Puasa Bersama Tuanku Raja Muda di Istana Iskandariah
  3. Majlis Berbuka Puasa Bersama Tuanku Raja Muda Peringkat Daerah LMS di Sg. Tinggi
  4. Majlis Ihya Ramadhan oleh Lembaga Tabung Haji
  5. Majlis Pelancaran Rakan Masjid SMK Jelai
  6. Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar SERATAS

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga pendidik Daerah LMS. Kepada murid-murid yang menduduki UPSR baru-baru ini saya doakan kejayaan yang cemerlang. Begitu juga kepada pelajar Tingkatan 3, diharap telah membuat persediaan yang sewajarnya untuk menduduki Peperiksaan PMR tidak lama lagi.


Baca Komen (0)

Anugerah Sekolah Cemerlang KPM 2009

Majlis ini telah diadakan pada 18 Ogos 2009 di Dewan Banquet, UPM Serdang. Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dr. Hj. Mohd Puad Bin Zarkashi. Tujuan majlis adalah untuk memberi penganugerahan kepada sekolah yang berjaya meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah masing-masing. Sekolah yang berjaya diharap akan menjadi model yang dapat dicontohi sekolah lain dalam kategori yang sama. Pada tahun ini hanya sebuah sekolah sahaja daripada daerah LMS berjaya berbanding tahun lepas sebanyak tiga buah sekolah. Sekolah berkenaan ialah SMK(P)Treacher Methodist Taiping untuk Kategori Sekolah Menengah Harian Bandar. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah SMK (P) Treacher Methodist. Senmoga terus cemerlang dan gemilang.


Baca Komen (0)

Majlis Persaraan Pengetua dan Guru Besar

Dalam tempuh seminggu ini dua orang pentadbir sekolah di Daerah LMS telah bersara. Mereka adalah Tuan Hj. Badri bin Nordin Pengetua SMK Kubu Gajah dan En.Ng Eng Bok Guru Besar SK Sungai Seputeh Selama. Saya sempat mengahadiri majlis persaraan mereka di sekolah masing-masing. Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat bersara kepada kedua mereka. Bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, saya juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas perkhidmatan mereka sebagai pendidik. Didoakan mereka akan sihat sejahtera dan panjang umur.




Baca Komen (0)